top of page

TRANSFORMASI KERJAYA barber
anda bermula di sini

Nimroc adalah rangkaian kedai gunting rambut terkemuka yang pakar dalam penjagaan rambut lelaki.

Misi kami di Nimroc Barbershop adalah menjadi destinasi kegemaran rakyat Malaysia bagi penjagaan dan gaya rambut.

Kerjaya di barbershop

Bekerja di sebuah kedai gunting rambut adalah profesion yang unik berbeza daripada pekerjaan lain. Di sini, anda mencipta hubungan yang tulus dengan pelanggan kami dan menceriakan hari mereka. Kemahiran anda memotong rambut dan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan. Membina hubungan mesra dengan pelanggan, memahami gaya rambut yang mereka gemari, dan meningkatkan keyakinan diri melalui gaya potongan rambut yang sesuai.

Kami menyediakan ruang kerja yang harmoni, selesa dan budaya kerja secara berpasukan bagi memupuk suasana yang mesra dan menarik kepada setiap pelanggan. Selain itu, kami menghantar Barber kami untuk terlibat dengan program khidmat masyarakat bagi membolehkan Barber kami memberi khidmat potongan rambut secara percuma.

d7a241bd-f2ce-4f35-b014-40eb3cbb2091.jpeg

Di Nimroc kami menyediakan platform kepada semua untuk mengembangkan potensi kerjaya ke tahap yang tertinggi dengan latihan serta pengalaman yang diberikan.

CAREER AT NIMROC-01.jpg
bottom of page